Doa request!

Assalammualaikum,

Untuk makluman para pengguna, saya,admin aplikasi ini sedang dalam kesusahan yang amat sangat. Dugaan yang datang sangat berat dan menyebabkan saya tidak dapat menambah sebarang artikel dalam aplikasi ini.

Justeru itu, saya amat berharap sekiranya saudara dan saudari sekalian dapat mendoakan supaya masalah yang admin hadapi dapat diringankan, dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik dengan izin Allah s.w.t.

Saya dengan rendah diri sangat berharap saudara dan<saudari pengguna dapat menyedahkan Al Fatihah dan doa kepada saya sekeluarga seikhlas yang mungkin. Mudah mudahan dengan sedekah ikhlas dari saudara dan saudari sekalian dapat meringankan beban, dugaan dan cubaan yang kami hadapi ketika ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik sudara saudari sekalian dan semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt sentiasa hendaknya.

Amin ya rabbal alamin.

Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,
mengajarkan makna kewajipan
bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang rusuk yang
bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

sumber :  horiahzahidah.blogspot.se/2012/03/warkah-buat-suami.html

Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan

Nabi saw. bersabda, “Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)

* Mengerjakan rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, tetapi hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.

* Lakukanlah qiamulail/solat terawih dengan berkualiti, bukan banyaknya. Jagalah adab-adab solat seperti to’maninah, bacaan yang teratur dan rukun-rukun solat yang lain.

* Bersegeralah menunaikan sedekah menurut kadar yang termampu kerana bersedekah pada bulan Ramadhaan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

* Bersungguh-sungguh membaca al-Qur’an (tilawah)

* I’tikaf merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. I’tikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir.

* Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhaan.

* Mencari malam Lailatulqadar di mana telah diturunkan al-Qur’an. Malam Lailatul Qadr itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhaan, iaitu pada malam yang ganjil bilangannya.

* Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu yang mustajab.

* Prihatin kepada amalan-amalan khusus di dalam puasa harian seperti waktu berbuka dan bersahur.

* Melaksanakan kewajiban mengeluarkan zakat.

* Mengeratkan silaturahim.

Akhir kata marilah kita juga mengambil tekad untuk mempertingkatkan amalan-amalan utama harian iaitu solat fardhu yang lima oleh kerana amalan puasa sahaja tanpa solat harian tidak selari dengan intipati firman Ayat 183 Surah Al-Baqarah dan dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya berlapar dan berdahaga sahaja di bulan Ramadhan.

Ingatlah bahawa amalan-amalan sunnah yang dipraktikkan pada bulan Ramadhaan ini tidak berakhir apabila berlalunya Eidulfitri. Sebaliknya segala ibadat-ibadat tersebut adalah latihan untuk kita terus beristiqamah mengerjakannya pada setiap hari iaitu solat fardu berjemaah, solat-solat sunat mu’akadah, bersedekah, tilawah Al-Qur’an, berzikir, berdoa dan beristihgfar pada bulan-bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu kembali dengan Ramadhaan tahun depan dengan azam menjadi hamba yang bertakwah. Insya Allah.

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka.

sumber : 4ayesha.blogspot.se/2010/08/amalan-amalan-di-bulan-ramadhan.html

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAalaykum bialmumineena raoofun raheemun

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat “lakad ja akum”..

sumber : fajridil.blogspot.se/2010/03/surah-at-taubah-ayat-128-129.html

Fadhilat Hauqalah “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”

Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

Sumber bahan dan gambar: ahmad-sanusi-husain.com/2011/06/fadhilat-hauqalah-la-hawla-wala-quwwata.html#ixzz1yVqnVjDP

Astaghfirullah (Maksud Istighfar)

Astagfirullah
“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Istighfar Kepada ALLAH SWT

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat
dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental.
Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana
dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. Sejumlah ayat tentang Istighfar atau pertobatan sangat banyak dikutip al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:

“Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera
ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya…(QS. 3:135).

“Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya,
sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (QS. 110:3)

“…dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar.” (QS. 3:17).

“Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih.” (HR. al-Hakim).

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).

“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).

Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya.
.
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita

minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aibkita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai

hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita

minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.
Istighfar Individu dan Sosial.

Dalam ritualitas vertikal, seorang hamba tidak hanya meraup kebahagiaan di hadapan Allah, tanpa ia menyertakan sesama umat beriman. Justru kualitas keimanan seseorang sangat berkait erat dengan kepedulian ruhaninya terhadap orang lain.

Keteladanan Rasulullah SAW, ketika saat Yaumul Mahsyar memberikan cermin kepada umatnya, bahwa kulitas ruhani Rasulullah SAW, yang melebihi para Nabi dan Rasul, terpantul pada pembelaannya akan nasib umat di hadapan Allah. Suatu sikap yang tidak dimiliki oleh para pemimpin dan para Nabi/Rasul. Sebab ketika para hamba Allah meminta syafa’at kepada para Nabi, mulai Nabi Adam as, hingga Isa al-Masih as, ternyata mereka enggan, disebabkan mereka tidak berdaya, terutama memikirkan nasibnya sendiri-sendiri. Berbeda dengan Nabi Muhammad SAW, yang justru tidak memikirkan nasib dirinya di hadapan Allah, malah yang terucap hanya kalimat: “Umatii…umatii..umatii…” (umatku… duh, umatku…umatku…).

Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kewenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:

Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.

(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).

Dari nilai Istighfar di atas memberikan perspektif luar biasa bagi integrasi dan dinamika sosial secara damai. Hubungan-hubungan sosial akan berlaku dengan penuh kesejatian hati ke hati, karena hubungan yang bersifat emosional negatif dinetralisir oleh istighfar sosial di atas.

Makanya, kualitas Istighfar bukan saja ditentukan hubungan yang sangat pribadi dengan Allah, tetapi juga sejauhmana seorang hamba menghayati Istighfar sosialnya.

Subhanallah. Istighfar merupakan satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. 2- in-1. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat.

Karena itu Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian dalam Al Qur’an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, “Beristighfarlah kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebutuhan kita. Karena itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadits lain 100 kali. Padahal dia ma’sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita hanya manusia biasa yang banyak dosa tanpa kita sedari atau tidak.

Mengakhiri tazkirah yang panjang ini, ingin menegaskan bahawa istighfar adalah salah satu amalan mulia dan perlu ditanamkan di dalam jiwa kita, kerana dengan nilai dan hikmah istighfar inilah, kita dapat membentuk manusia yang kenal diri, mengenang budi dan menghargai setiap nikmat yang diperolehi.
Jom kita istghfar bersama-sama sebentar.

Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin!

sumber : deamira.com/2011/02/astaghfirullahalazim/

Doa Diberi Kesabaran

”Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan menangkanlah kami terhadap orang-orang kafir”.
( Surah Al Baqarah [2] : 250)

Kehidupan kita penuh dengan ujian dan dugaan, sama ada positif atau negatif. Kita diuji dengan kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kejayaan. Memang banyak kesedihan atau kesakitan yang dapat dicegah. Tetapi ada juga yang tidak dapat dicegah sehingga membawa kepada kematian walau segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Berdoa kepada Allah untuk diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan kehidupan, agar dapat ditempuhi dengan tabah dan sabar. Sebagai umat Islam, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Kita manusia tidak memiliki daya dan upaya selain mengharap pertolongan-Nya. Begitu juga ketidakupayaan kita untuk menolak sesuatu musibah.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Doa memberikan kita pahala dan kebaikan dan tiada mudarat jika kita meninggalkannya kerana keengganan melakukan doa maka ia boleh diertikan sebagai satu bentuk penolakan manusia akan hakikat kebergantungan kepada Allah SWT.

Allah SWT berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu……”. (surah al-Mu’min 40 : ayat 60)

Dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
“Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku.” (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)

sumber : ummuayman.wordpress.com/2009/12/20/doa-diberi-kesabaran/
sumber ; imzaron.blogspot.se/2010/03/berdoa-berdoa-dan-terus-berdoa.html
sumber gambar : peaceislam.net/useful-duas/4553745844

Kata-kata nasihat Ibnu Qayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

Sumber bahan dan gambar : cahayamukmin.blogspot.com/2010/07/kata-kata-nasihat-ibnu-qayyum.html#ixzz1x6bv0AgX
sumber kata-kata : laman-seri.blogspot.se/2008/06/sejarah-solat-5-waktu-dan-makna.html

Doa / Zikir Taubat

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Syarat Taubat Nasuha

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

sumber : albakriah.wordpress.com/2011/08/20/syarat-taubat-nasuha/
sumber gambar : tijbsyurgaku.blogspot.com
sumber : youtube.com/watch?v=Hxh0Mvlt5DQ

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Doa Selepas Azan dan Iqamah

Ya Allah! Tuhan ini seruan yang sempurna dan solat yang didirikan, berilah Nabi Muhammad perantaraan dan keutamaan, dan tempatkan beliau pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak akan memungkiri janji.

Dari Jabir bin Abdullah ra. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa membaca: (‘Allaahumma Rabba haadhihi’l-da’wat il-taammah wa’l-salaat il-qaa’imah, aati Muhammadan il waseelata wa’l-fadeelah, wab’athhu maqaaman mahmoodan illadhi wa’adtah), nescaya tersedialah baginya syafaatku pada hari kiamat.” [Riwayat Bukhari]

Dari Umar bin Khataab ra. Ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Apabila muazin mengumandangkan (kalimat azan) ‘Allahu akbar, Allahu akbar’ maka salah seorang dari kalian menyahut dengan ‘Allahu akbar, Allahu akbar.’ Kemudian ia mengumandangkan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’ disahut dengan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’ disahut dengan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-salaah’ dan disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-falaah’ disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’ Kemudian dikumandangkan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ disahut dengan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ Kemudian ia kumandangkan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’ disahut dengan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’, Semuanya diucapkan dengan seikhlas hati, nescaya ia masuk syurga.” [Riwayat Muslim]

Selepas azan dikumandangkan, kita juga disunatkan membaca doa.

Dalilnya
Dari Anas ra., ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Doa antara azan dengan iqamah, tidak akan tertolak” [Riwayat Abu daud, Turmudzi, An-Nasai, Ibnu Sunni dan lain2]. Turmudzi mengatakan hadis ini hasan sahih. Menurut riwayat Turmudzi ada tambahannya: “…….Mereka bertanya, “Apakah yang kami baca(ketika itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mohonlah kepda Allah keselamatan (keafiatan) di dunia dan di akhirat.”

Dari Sahal bin Saad ra, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Ada dua macam yang tidak ditolak iaitu doa ketika (berakhir) azan dan doa ketika peperangan berkecamuk sehingga berbaur sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.” [Riwayat Abu Daud dengan isnad Sahih]

sumber : qazikirdandoa.blogspot.se/2009/03/doa-sesudah-azan-dan-iqamah.html
sumber gambar : sirahdin.blogspot.com/2010/06/doa-doa-harian.html

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.