Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,
mengajarkan makna kewajipan
bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang rusuk yang
bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

sumber :  horiahzahidah.blogspot.se/2012/03/warkah-buat-suami.html

10 thoughts on “Warkah Buat Suami

  1. Istri yang tidak patuh, tidak menerima dimadu selalu menebar prasangka dan keras kepala apakah bisa dikategorikan sholeha?

  2. memang seharusnya kita para lelaki memahami itu semua…
    mengenai hakikat suatu pernikahan..tapi terkadang kita berbenturan dgn berbagai macam persoalan_persoalan yang harus lebih utama untuk diatasi.

    klu kita sdh berusaha mencontoh Baginda Rasulullah dan sahabatnya Ali ra…di dalam berumah tangga, namun kita tdk mampu meneladaninya..
    artinya kita sdh mandapat satu poin ” mujahadah ” yaitu kesungguhan utk mengikuti Beliau….. wallahu a’lam

  3. Terima Kasih – Kerana Mengingatkan Saya Tentang Hasutan SYAITAN yg Tak Habis Habis!!! Saya Akan CUBA Bersabar & Menepis Segala keraguan saya, dan harap suami saya pun bisa bergitu juga. InsyaALLAH, Amanx2 selalu.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s