Amalan-amalan utama malam Lailatul Qadar

Ertinya:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
Amalan-amalan utama yang boleh saudara/saudari dilakukan :

a) Beriktikaf di masjid

b) Solat fardu Maghrib, Isyak & Subuh di masjid atau surau secara berjemaah

c) Solat Tarawih & Witir

d) Membaca/tadarus Al-Quran

e) Berzikir & berselawat kepada Nabi SAW

f) Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat

g) Banyak berdoa memohon ampun daripada Allah

h) Menghadiri majlis ilmu

i) Mengejutkan keluarga bangun beribadah dan menjauhi isteri (untuk beribadah)

Sumber : takafulsmartmedic.wordpress.com/2009/09/09/kelebihan-beramal-pada-malam-lailatul-qadar/

One thought on “Amalan-amalan utama malam Lailatul Qadar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s