Hukuman & Kerugian Meninggalkan Solat

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah, Sabda Nabi s.a.w. :

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

  1. 6 perkara di atas dunia
  2. 3 perkara sewaktu hendak mati /ketika nazak
  3. 3 perkara sewaktu di dalam kubur
  4. 3 perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

  1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya . (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
  2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya. (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
  3. Tiada dipelihara baginya agama Islam. (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik)
  4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
  5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
  6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam(kafir). Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”

Tiga perkara sewaktu hendak mati / ketika nazak

  1. Dimatikan dalam kehinaan.( rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan)
  2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.( bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.)
  3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

  1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali
  2. Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
  3. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama Shwaun-ra’/ Suja’ull-Akra . yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”  Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

  1. Datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. “Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.
  2. Orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
  3. Ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59)

Sumber : http://www.facebook.com/TangisanHambaAllah

4 thoughts on “Hukuman & Kerugian Meninggalkan Solat

  1. Pingback: Hukuman & Kerugian Meninggalkan Solat « Vvc389old's Blog

  2. naudzubillahimin dzalik…..
    Ya allah ampunillah dosa2kU…
    SmG aku sll d beri petunjuk.
    Yaitu sll ada d dlm jln yg lurus…yaitu jalan yg engkau ridhoi…
    Amiin….

  3. NaudzubillahiMindzalik….
    Masya allah…
    ampunilah dosa2ku…
    tunjukanlah kejalan yg lurus,yaitu jln yg sll engkau ridhoi…
    Amiiin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s