Makna Bacaan Doa Qunut

Makna bacaannya

Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

*** Bacaan disediakan dalam ejaan rumi sebagai panduan makna, untuk tujuan menghafal, sila gunakan versi jawi di atas

sumber bahan : itqan07.blogspot.se/2011/01/doa-qunut.html
sumber gambar : alifharis.blogspot.se/2011/06/sapa-tak-hafal-doa-qunut.html

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Bacaan untuk mengeratkan kasih sayang

SURAH YUSUF AYAT 4 maksudnya:
“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. “

SURAH TAHA AYAT 39 maksudnya:

“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka. (Hadith Shahih)

sumber : permatakata.wordpress.com/2010/08/27/kasih-sayang-suami-isteri/

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*** Apabila bacaan sampai kepada “Asyhadualla ilaha illallah” dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.

Apa makna khusyuk ketika solat?

Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;

1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.

2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)

4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)

5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.

Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;

1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.

2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi

Kenapakah khusyuk penting?

Khusyuk penting kerana pahala solat bergantung kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda; “Barangkali seorang yang bangun mengerjakan solat di malam hari, habuannya dari solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tidak ada pahala). Dan barangkai seorang yang berpuasa, habuannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga”. (Riwayat at-Tabrani, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Berkata Hafidz al-‘Iraqi; ia adalah hasan. Menurut Imam al-Haitami; perawi-perawinya adalah siqah. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Faidhul-Qadier, hadis no. 4405).

sumber gambar : zainul.com/pafa/kod_10__solat_fardu.htm

sumber rujukan : iqh-am.blogspot.se/2008/06/solat-memberi-salam.html

sumber bahan : mohamadmuda.blogspot.se/2008/12/makna-bacaan-ketika-tahiyat-awal.html

sumber bahan : angelfire.com/pro/sembahyang/cara/tah_awal.html

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Doa Iftitah dalam solat dan kelebihannya

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Sesungguhnya junjungan besar kita Nabi Muhammad saw pernah bersabda…

“Dari Ibnu Umar R.A katanya: Ketika kami sedang solat bersama2 Rasulullah S.A.W, tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jamaah yang membaca: “Allahuakbarkabira walhamdulillahikathira wa subhanaAllahibukratauwwa ashila.”. Maka bertanya Rasulullah S.A.W, “Siapa yang mambaca kalimat tadi?” Jawab lelaki itu, “Aku ya, Rasulullah!” Sabda Nabi:” Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit.” Kata Ibnu Umar,”Aku tidak pernah lupa membacanya sejak kudengar Rasulullah S.A.W membacanya.”

sumber gambar : paksuu.com/2012/02/bacaan-dalam-solat-dan-terjemahannya/
sumber bahan : syazana91.blogspot.se/2009/02/doa-iftitah-dalam-solat.html
sumber bahan : zana1038.blogspot.se/2005/06/terjemahan-bacaan-di-dalam-solat.html

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Doa dijauhkan mudarat : Bismillah 5

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya”. (Hadith riwayat Tirmizi)

Sumber gambar : anaksolehah.wordpress.com/2008/12/15/ayat-ayat-bismillah/
Sumber gambar : haziqnazmi.wordpress.com/

*** Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Doa sujud syukur

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

Sujud Syukur

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud :
“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)

Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam

Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).

Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.

Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan :

1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.

2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Sumber : http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/04/26/tips-sujud-syukur/
Sumber asal : Dr Wahbah Zuhaily didalam Kitabnya Fiqh al-Islami 2\122.

p/s : Ku hadiahkan pahala kebaikan post ini untuk isteriku tercinta. Semoga  beliau sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang. Amin.

Doa Membuka Apa Sahaja Yang Tertutup

“Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad saw) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).”
(Surah al-Fath, ayat 1 hingga 3)

Pembukaan Makkah tiup semangat juang

PEMBUKAAN kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat bagi orang Islam iaitu Kaabah.

Sempena pembukaan kota ini, Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad saw) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).”
(Surah al-Fath, ayat 1 hingga 3).

Pembukaan kota Makkah pada tahun ke-8 hijrah adalah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan.

Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy bertindak menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah.

Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraisy. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiah yang dipersetujui mereka dengan pihak Islam. Lebih-lebih lagi, serangan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang daripada Bani Khuzaah terbunuh. Menurut catatan sejarah, hampir 20 orang terbunuh dalam serangan itu.

Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraisy, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah.

Apabila pihak Quraisy mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah, mereka begitu menyesal. Mereka lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf di atas tindakan itu.

Namun, Rasulullah dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, Abu Sufian pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.

Oleh kerana Perjanjian Hudaibiah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah menyiapkan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Makkah dijangka oleh pihak Quraisy.

Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.

Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita untuk memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad.

Alasan ini diterima Rasulullah kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah menjanjikan keampunan.

Setiba Rasulullah di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Beberapa pertempuran berlaku, namun ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.

Apabila Rasulullah memasuki kota itu, Baginda bertindak menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Pihak Islam juga memberi layanan amat baik kepada orang Quraisy.

Daripada peristiwa ini, dapat diperhatikan juga beberapa tindakan Rasulullah kepada orang kafir.

Pertama, ketika menandatangani Perjanjian Hudaibiah, Rasulullah kuat dan Islam mantap. Namun, Baginda dan pihak Islam tidak mencabuli perjanjian itu, malah menghormatinya. Tetapi, apabila perjanjian itu dicerobohi, maka Rasulullah akan mengambil tindakan terhadap yang melanggarnya.

Tindakan ini melihatkan Islam adalah agama yang menepati perjanjian. Tetapi, pada hari ini kita melihat kufar menguasai dunia dan kekuatan mereka nyata dengan beberapa siri serangan ke atas negara Islam.

Kedua ialah tindakan Rasulullah memberi kemaafan kepada orang kafir Quraisy ketika pembukaan Makkah. Ini adalah langkah tepat bagi menarik mereka kepada ajaran Islam, walaupun sebelum ini mereka menindas, menyeksa dan membunuh orang Islam.

Hal ini menunjukkan Islam menjaga keamanan sejagat dan tidak memperlakukan musuhnya kerana dendam. Segala tindakan berdasarkan kepada lunas yang digariskan syarak.

Daripada peristiwa ini, jelas bahawa Ramadan bukan bulan yang menyebabkan umat Islam lemah. Sebaliknya, ia bulan yang meniupkan semangat berjuang untuk melawan musuh sama ada berbentuk dalaman seperti memerangi nafsu atau musuh luaran untuk menghancurkan umat Islam melalui pelbagai teknik dan bentuk penghancuran.

Sumber : klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/RehalRamadan/20090820174915/Article/index_html

Doa dan terjemahan duduk antara dua sujud

Maksudnya : Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)

Rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama’ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam
13. Tertib.

 

Doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

”Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya maka kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya maka ia akan menurut dengan patuh, jika kamu bersumpah agar ia melakukan sesuatu maka dipenuhi dengan baik dan jika kamu bepergian maka ia menjaga dirinya dan harta bendamu.” (HR Nasai ra)

Kelebihan Berdoa

1. Mententeramkan jiwa dan penenang hati. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ar-Ra’du, ayat 28 ; “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati boleh menjadi tenteram (tenang).”

2. Sebagai pembuka pintu rahmat. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami yang bermaksud ; “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat”

3. Doa amat disukai Allah, maka sesiapa yang selalu berdoa ia akan dikasihi Allah.

4. Sebagai pelindung daripada godaan syaitan dan menambah kekuatan iman.

5. Doa merupakan penghubung antara ibubapa dan anak-anak. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi bermaksud ; “Terdapat tiga doa yang pasti dikabulkan Allah, dan pasti tidak ada syak padanya. Doa orang yang teraniaya, doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya”.

6. Doa sebagai penawar untuk berbagai-bagai jenis penyakit, sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus ayat 57; “Wahai Manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada.”

Doa untuk Isteri (BM)

”Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya maka kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya maka ia akan menurut dengan patuh, jika kamu bersumpah agar ia melakukan sesuatu maka dipenuhi dengan baik dan jika kamu bepergian maka ia menjaga dirinya dan harta bendamu.” (HR Nasai ra)

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya isteriku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteri ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi Suami Mithali
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang Mithali
Suami yang sentiasa disayangi
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Sumber: http://ridzuan1706.wordpress.com/2009/03/04/doa-untuk-isteri/